Sunday, July 25, 2010
![]() M A T A I N pada pendapat saya, saya merasakan bahawa matain seorang yang sangat nakal dan iri hati. Ini kerana dia melempar tanah dan batu ke arah Sitiawa semata-mata dia cemburu akan ikan gulai yang diperoleh Sitiawa. Ini dapat dilihat pada m/s 127 rangkap 2 - 3. Ini menunjukkan kenakalan dan kedegilan Matain oleh kerana iri hati. Selain daripada melempar tanah ke arah Sitiawa, dia juga mempunyai niat untuk menyabut anak terung Sitiawa yang dapat dilihat pada m/s 127 rangkap 10 di mana dia berkata 'Mahu saja dilanyak batas terung Sitiawa. Biar anak-anak terung Sitiawa mati semuanya. Atau mahu dicabut-cabut saja dengan akar umbinya sekali dan baling jauh-jauh ke luar pagar.'. matain juga seorang yang biadap terhadap kakaknya, Sitiawa dan juga memilih kasih di antara Sitiawa dan Kak Jarah. Ini kerana matain bertutur dalam bahasa yang kesat terhadap kakaknya, Sitiawa. Ini dapat dilihat apabila Matain berkata 'Awa babi! Awa beruk! Kak Jarah sayang dengan aku. Kak Jarah tidak sayang dengan kamu! Awa babi!!!'. walaupun dia seorang yang nakal dan biadab, saya merasakan bahawa dia seorang yang tekad dan prihatin. buktinya ialah matain sanggup menyediakan teduh bagi anak-anak terungnya dan berasa bimbang apabila pohonnya layu. dia juga mencari akal bagaimana hendak melaksanakan sesuatu tugas yang mahu dikecapinya. namun, sifat tekadnya telah membawa padah padanya. |
Namanya Farhanny di dalam kelas akulah yang paling bising yang paling becok yang paling bersemangat(chedebah) kecil-kecil cili padi itulah matlamat hidupku ingat kecil jangan disangka anak besar? haish, jangan disangka bapa saya <3 sastera! ayay. oh, kamu. Cikgu Sazali Syahirah Hafiz Fuad deria pendengaran. bercelotehlah. demi hakcipta. Designer: Mira Muhayat Adapted from: Alex Evans |